Friday, 18 June 2021

Our day🤵👰

 

Assalammualaikum suami. Alhamdulillah pada 17 June 2021 kita berdua sah menjadi suami isteri dgn hanya sekali lafaz berwalikan babah. Satu kenangan yg terindah dalam ingatan sayang. Setelah pelbagai dugaan dan cabaran yg kita lalui akhirnya kita sampai ke tahap ini. Sayang berdoa agar jodoh kita tetap berpanjang hingga ke syurga firdaus. Hubby, pertama sekali sayang nak ucapkan terima kasih kerana menerima diri sayang dan juga habri dalam hidup b. Sayang akan cuba jadi seorang isteri yg baik dan solehah disisi b. In shaa allah. Semoga pernikahan yg kita bina ini bahagia selama lamanyaa. 🌹💕❤ Reema is married 🌹

Friday, 30 April 2021

Jodoh 💕

Assalammualaikum tahun 2021. Semoga tahun ini akan menjadi lebih baik dari tahun² yg sebelum ini. Pertama, jodoh itu rahsia allah dan inilah buktinya. In shaa allah aku dan ameer akan diijab kabulkan pada 4 June 2021 andai tiada apa halangan, semoga dipermudahkan segala urusan kami sampailah harinya. Kedua, makin dekat tarikh hari pernikahan kami, makin hati aku takut. Takut pisang berbuah dua kali. Takut dgn segala kesakitan yg pernah aku lalui sebelum ini. Kuat ke aku, mampu ke aku untuk menjadi isteri yg terbaik dimata suami? Aku lakukan semua ini untuk habri. Dia bahagia bersama daddy dia, dia bahagia dgn kasih sayang yg daddy dia curahkan walaupun sekarang dia tak faham siapa daddy dia sebenarnya. Tp ibu dan daddy akan cuba sebaiknya untuk bahagiakan habri. Ibu nak habri bahagia. Ibu nak habri tersenyum. Ibu nak yg terbaik untuk habri. Walaupun hati aku resah, gelisah. Mungkin tiba masa aku sujud pada allah s.w.t untuk beri petunjuk yg lebih baik. Semoga pilihan aku kali ini lebih baik dari sebelum ini.  Aamiin🌹