Bila tengok orang ada anak, kita pun rasa nak ada anak tp pernah terfikir tak betapa besarnya tanggungjawab amanah yg allah s.w.t berikan tu? Aku tak pernah terfikir dikurniakan anak tanpa suami disisi dan menjadi ibu tunggal diusia yg muda macam ni. Tp ini ujian untuk aku supaya aku mampu menjadi sekuat arwah ibu. Habri, maafkan ibu kerana kamu lahir dalam keluarga yg tak sempurna tp ibu janji ibu akan cuba sebaik mungkin untuk habri berjaya dunia akhirat. Sepanjang ibu membesarkan kamu, alhamdulillah kamu anak yg baik cuma jangan buat ibu susah hati dgn kesihatan kamu. Sihat2 selalu ye. 12 Dec 19,kamu demam panas yg agak tinggi sehingga kemungkinan kamu terkena sawan. Risau hati ibu. Harini 1 apr 20 kamu kena gatal2 allergic 1 badan. Ibu risau sayang. Please sihat cepat okayy💕