27th February 2018, aku kehilangan orang yg paling menyayangi aku dari dalam rahim sehinggalah aku berumur 23tahun. Ibu, emma rindu sangat dekat ibu. Emma nak menangis dekat peha ibu, emma nak cerita semua yg terjadi dalam hidup emma. Kalau ibu masih ada mesti ibu sedihkan. Mesti ibu akan menangis apa yg anak dan cucu ibu tengah lalui sekarang. Emma minta maaf ibu kerana degil dgn segala kata2 ibu. Abaikan ibu kerana pentingkan lelaki lain. Emma ingat lepas ibu meninggal dunia, emma kahwin dgn lelaki yg emna ingat dia sayangkan emma tp akhirnya dia juga tinggalkan emma. Harini ni juga hari ke 3 emma dalam eddah. Hati emma kosong. Tak tahu nak rasa apa. Sedih kecewa perit patah hati putus asa. Semua perasaan ada tp yg pasti hati da tertutup untuk kenal orang baru lagi. Cukuplah dia orang terakhir yg emma buka hati dan dia kecewakan emma. Al Fatihah Noraini binti Zainal Abidin 💕
Thursday, 27 February 2020
Wednesday, 26 February 2020
Move on 🥀(2hari Eddah)
Dear self. Please don't cry anymore. Enough! Stop and move on. Just forget about him like his never care about you and your baby. Remember all your pain last time. Get a new life emma. Make yourself happy like before. Be strong for your baby. Now only you and your baby. No more him in you life. Get your life back emma. Cukuplah kau bersedih wahai hati tiba masa kau pulih kembali. Kuatkan hati demi habri. Berbahagialah bersama anakmu emma. In shaa allah akan ada keindahan selepas ini untuk kau berdua. Aku tutup hati aku semula kerana kecewa🥀
Tuesday, 25 February 2020
Tanpa kasih seorang ayah🥀
Malam ni sama macam malam sebelum ini cuma status kita berdua je yg berbeza sayang. Dulu mungkin kamu masih berpeluang untuk merasai keluarga yg sempurna tp mulai malam ini hanya kamu dan ibu sahaja sayang tanpa ayah da. Dia da tinggalkan kita. Dia da lepaskan ibu. Dia da pergi. Maafkan ibu saya kerana lahirkan kamu dalam keluarga yg tak sempurna. Maafkan ibu tak jadi yg terbaik dalam keluarga kita. Maafkan ibu kamu tak pernah kenal siapa ayah dan tak pernah tahu erti kasihnya ayah. Perit fit kau tinggalkan aku tp aku cuba kuat demi habri. Sakit sangat rasanya tapi aku cuba terima hakikatnya jodoh kita tak panjang dan cerita kita da berakhir. 🥀
Day 1 in eddah🥀
Hari pertama setelah awak lepaskan saya. Hati saya tertutup untuk berfikir masih wujud ke cinta sejati. Masa bercinta bertahun,sayang sejuta kali sayang tp selepas kahwin semuanya hilang entah kemana. Tapi saya berterima kasih sangat kerana awak lepaskan saya kerana sekurang kurangnya hati saya berhenti kejar bayang2 yg da lama padam dalam hati awak. Terima kasih untuk segalanyaa awak. Semoga awak bahagia tanpa kami. Dan perempuan yg awak jumpe selepas ini mampu mencintai awak lebih dari saya mencintai awak. Mungkin ambik masa untuk saya melupakan segala kenangan kita tapi saya akan cuba untuk teruskan hidup bersama habri. 🥀
Monday, 24 February 2020
25th February 2020
1st September 2018. Aku terima nikahnya. Dan harini 25th February 2020. Aku ceraikan dia. Cepat masa berlalu dan hanya setahun perkahwinan kita bertahan. Mungkin jodoh kita tak panjang tp saya tak boleh tipu, saya tetap sayangkan awak macam mana saya buka hati saya untuk awak cuma yela cinta awak yg da hilang untuk saya. Saya redha. Mungkin ada hikmah semua ini tp lepas ni saya nak manja manja dgn siapa ehh. Tak boleh nak kena redha kena gigit dgn awak sampai merajuk. Nak tunggu suami balik keja cantik cantik, wangi wangi untuk awak cium. Semua tu da tak ada. Hrmm rindu kenangan kitam rindu masa masa kita berdua dulu. Susah senang bersama. Awak lupa ke semua tu? Tp saya percaya manusia boleh berubah andai jodoh kita panjang kita akan bersama lagi 😊
First and last🥀
Kad kahwin ni dari awal aku dapat, aku tak pernah untuk terdetik untuk simpan gambarnya dalam phone kerana cukuplah diri sendiri tahu bahawa kita sayangkan perkahwinan kita. Dan gambar ini yg membawa sejuta kenangan untuk aku ingati. Lebih banyak pahit dari manis tp itula hakikat yg perlu aku terima dgn redha bahawa perkahwinan kita tak kekal hingga ke jannah bersama. Walaupun perit untuk aku terima tp aku redha bahawa cinta kau untuk aku dah lama mati kan. Terima kasih abiy untuk segalanya kenangan kita pahit manis suka duka. Sayang doakan abiy bahagia tapi janganlah pernah muncul dalam hidup sayang dan habri selepas abiy buang kami jauh dari hidup abiy. Semoga dipermudahkan urusan kita semuanya. Assalammualaikum muhamad fitri. Selamat tinggal kawan, boyfriend, tunang, suami. 🥀
Terakhir 🥀
Mungkin ini adalah posting terakhir buat lelaki yg pernah saya cinta sepenuh hati dan saya berjanji untuk sehidup semati bersama dia hingga ke syurga tetapi itu hanyalah angan yg tak akan pernah tercapai. Baru saya sedar selama ini terlalu banyak kesakitan yg saya pendam dari kita bercinta hingga perkahwinan kita tapi saya masih mampu bertahan dan bersabar dgn segala perangai awak. Dan akhirnya sabar saya da habis. Cukuplah saya terus makan hati dgn segala kejahatan yg awak buat pada saya. Segala pergorbanan saya hanya sia sia disisi awak. Semoga awak bahagia tanpa kami selepas ini. Anggap sahaja kami hanya kesilapan yg awak tak pernah mahukan. Semoga esok dipermudahkan urusan kita. Aamiin🥀
Saturday, 22 February 2020
7month💕
Selamat hari lahir yg ke 7bulan sayang💕 Semoga anak ibu membesar dengan sihat dan menjadi anak yg soleh. Ibu akan usaha sebaik mungkin untuk menjadi ibu dan ayah dalam masa yg sama untuk habri. Itu akan usaha menjadi yg terbaik okay sayang. Semoga habri sentiasa bahagia disamping ibu sayangg. Semoga kita dimurahkan rezeki selalu dan berbahagia bersama🌹Ibu love you muhamad fuad habri 💕
Wednesday, 19 February 2020
Tanya diri sendiri. 🥀
Mungkin perkahwinan pertama saya tak akan kekal hingga ke jannah seperti yg diharapkan cuma saya harap andai selepas ini saya ditemukan jodoh, akan saya cuba menjdi lebih baik dari yg sekarang. Saya mampu terima baik buruk segala kekurangan awak tp kenapa awak masih tak cukup dengan seorang isteri? Tak apalah, sekarang awak seronok tp jangan da terduduk. Orang yg awak buang ni awak cari balik. Mungkin ini ujian untuk saya menjadi lebih baik dari sekarang.🌹
Jawapan dari pertanyaan.
Awak ingat tak, dulu masa awak menganggur tak kerja. Every night kita akan keluar dari rawang pergi jambatan putrajaya, every night tapi sejak awak kerja kita tak pergi dah sebab awak penat and motor awak pun tak boleh jalan jauh sangat da. And one night tu kita ada borak. If one day awak ada someone else apa yg saya akan buatkan? Inilah jawapan saya, i will never protect our relationship because ini soal hati even we are married and have a baby. Saya tak boleh paksa hati awak terus bersama saya andai awak da tawar hati dgn kita. Saya tak boleh nak teruskan andai awak da jemu dgn hubungan kita. Tapi sebelum saya mengalah saya akan cuba perbaiki semula hubungan kita yg retak cuma awak masih sama jadi saya undur diri. Cukuplah saya menangis selama ini, bersedih untuk suami yg tak pernah hargai pergorbanan isteri dia selama ini. Cuma saya terkilan, awak tak pernah fikirkan masa depan ANAK KITA. Tak apalah saya redha andai jodoh kita sampai disini. Terima kasih awak kerana hadir dalam hati saya dan pernah membuat saya benar2 bahagia disisi awak🥀
Tuesday, 18 February 2020
Perkahwinan 🌹
Siapa je suka perkahwinan yg kita bina dengan ikatan cinta,kasih sayang terlerai begitu sahaja. Semua pasangan mengharapkan perkahwinan itu kekal hingga ke jannah tp jodoh itu semua rahsia allah s.w.t. Aku redha kalau perkahwinan yg aku bina inj tak kekal tp aku harap andai suatu hari nanti aku berjumpe jodoh yg baru,akan aku cubs lebih lg untuk menjadi isteri yg solehah untuk suamiku. Aamiin.💕Terima kasih awak untuk segala kenangan pahit manis kita bersama selama ini. Saya hargai dan saya redha dgn ujian allah.
Sunday, 16 February 2020
Permudahkan semuanya 🥀
Assalammualaikum. Setiap perkahwinan mestilah kita harapkan kekal hingga ke jannah tapi mungkin jodoh kita tak panjang fitri. Saya ada 1minggu je lagi untuk merindui suami saya walaupun saya tahu dia da lama lupakan saya dan anak saya tapi saya masih hormat dan sayang pada lelaki yg bernama suami. Seburuk mana pun yg pernah dia layan saya, sekejam mana pun dia pernah buat saya. Hati isteri masih mampu maafkan andai suami itu benar2 ingin berubah tp awak macam lebih bahagia tanpa kami kan? Tak apalah, saya redha andai ini yg tertulis untuk saya dan habri. Andai saya da move on please jangan muncul dalam hidup saya dan habri lg. Anggap sahaja kami hanya kesilapan dalam hidup awak yg awak tak mahukan. Semoga perbicaraan minggu depan dipermudahkan oleh allah s.w.t. Jangan lakukan kesilapan yg sama lg. Peluang awak pernah ada tp awak sia siakan. Maafkan saya tak dapat jadi isteri yg terbaik disisi awak hingga ke jannah 🥀
Subscribe to:
Posts (Atom)