Friday, 18 June 2021

Our day🤵👰

 

Assalammualaikum suami. Alhamdulillah pada 17 June 2021 kita berdua sah menjadi suami isteri dgn hanya sekali lafaz berwalikan babah. Satu kenangan yg terindah dalam ingatan sayang. Setelah pelbagai dugaan dan cabaran yg kita lalui akhirnya kita sampai ke tahap ini. Sayang berdoa agar jodoh kita tetap berpanjang hingga ke syurga firdaus. Hubby, pertama sekali sayang nak ucapkan terima kasih kerana menerima diri sayang dan juga habri dalam hidup b. Sayang akan cuba jadi seorang isteri yg baik dan solehah disisi b. In shaa allah. Semoga pernikahan yg kita bina ini bahagia selama lamanyaa. 🌹💕❤ Reema is married 🌹

Friday, 30 April 2021

Jodoh 💕

Assalammualaikum tahun 2021. Semoga tahun ini akan menjadi lebih baik dari tahun² yg sebelum ini. Pertama, jodoh itu rahsia allah dan inilah buktinya. In shaa allah aku dan ameer akan diijab kabulkan pada 4 June 2021 andai tiada apa halangan, semoga dipermudahkan segala urusan kami sampailah harinya. Kedua, makin dekat tarikh hari pernikahan kami, makin hati aku takut. Takut pisang berbuah dua kali. Takut dgn segala kesakitan yg pernah aku lalui sebelum ini. Kuat ke aku, mampu ke aku untuk menjadi isteri yg terbaik dimata suami? Aku lakukan semua ini untuk habri. Dia bahagia bersama daddy dia, dia bahagia dgn kasih sayang yg daddy dia curahkan walaupun sekarang dia tak faham siapa daddy dia sebenarnya. Tp ibu dan daddy akan cuba sebaiknya untuk bahagiakan habri. Ibu nak habri bahagia. Ibu nak habri tersenyum. Ibu nak yg terbaik untuk habri. Walaupun hati aku resah, gelisah. Mungkin tiba masa aku sujud pada allah s.w.t untuk beri petunjuk yg lebih baik. Semoga pilihan aku kali ini lebih baik dari sebelum ini.  Aamiin🌹
 

Saturday, 15 August 2020

Rindu yg terpendam 🥀

15 August. Tarikh yg aku tak akan pernah lupa dalam hidup. Hari jadi ibu. Emma rindu sangat dekat ibu,terlalu rindu. Emma nak mengadu semuanya dekat ibu. Emma nak luahkan segala keperitan yg emma lalui sendiri. Emma nak kata2 semangat dari ibu. Emma kena jadi kuat macam ibu untuk besarkan habri dgn sebaik mungkin. Emma nak habri rasa bahagia selamanya, emma taknak dia rasa sedih untuk kenyataan yg perlu dia terima dibuang bapak kandung. Emma nak habri bahagia. Emma nak dia selalu tersenyum disisi emma. Emma nak bagitahu ibu semua ini tp ibu jauh. Emma sentiasa rindukan ibu. Al Fatihah untuk arwah Noraini binti Zainal Abidin 🥀

Friday, 31 July 2020

Selamat hari raya aidiladha 🌹

Assalammualaikum. Harini hari raya tp habri masih dalam keadaan yg tidak sihat untuk hari yg ke 5.5 hari. Alhamdulillah suhu demam panas da mula turun ke suhu normal cuma habri masih lg lemah. Cuma harini habri da tunjuk tanda tanda aktif lepas makan kek hari jadi pertama dia. Yeahh, terima kasih pakngah belanja kek untuk habri. Semoga habri membesar menjadi anak yg soleh dan berjaya dunia akhirat ye sayang 💕 Ibu sentiasa disisi kamu sampai mati. Tahun ni kita beraya berdua je,mana tahu tahun depan da bertiga🤣 In shaa allah, kita merancang dan semuanya demi habri. Semoga anak ibu sentiasa tersenyum dan bahagia walaupun terpaksa lalui hakikat yg perit. Tak apalah sayang, ibu, daddy, makngah, pakngah, maklang, paklang, makndak, pakndak, maksu, atok sentiasa sayang habri yee💕Selamat hari raya aidiladha dari emma dan habri🌹

Friday, 24 July 2020

Turn 1💕

Setahun yg lalu, pada tarikh 23 July 2019 pada pukul 7.52am ibu selamat melahirkan seketul habri seberat 3.05kg  melalui proses emergency operation kerana laluan jalan tak buka setelah 8jam dalam bilik labor room.   Alhamdulillah. Syukur pada allah habri sudah setahun harini. Dan alhamdulillah juga rezeki membesarkan habri tak pernah putus. Semoga Muhamad Fuad Habri membesar dgn sihat dan menjadi anak yg soleh bila besar nanti ye sayang💕 Ibu akan cuba sedaya upaya untuk menjadi ibu yg terbaik untuk habri ye. Semoga ibu terus kuat dengan habri ye. Selamat ulang tahun pertama anak soleh ibu 🌹

Tuesday, 9 June 2020

Selamat malam cinta 🥀

Selamat malam awak. Harini kita berjumpe lg selepas hari bicara awak lafazkan talak satu pada saya 3bulan yg lepas. Dan eddah saya pun da habis. Officially we are done. Harini bicara hak perjagaan anak dan alhamdulillah selesai. Dan saya tahu mungkin kita tak akan berjumpe lagi selepas ini kerana awak dan saya masing2 ada dunia sendiri. Cuma saya akan cuba lupakan segala kenangan kita. Dan terima kasih kerana pernah bahagiakan saya sebelum ini. Mungkin sudah tertulis jodoh kita tak panjang dan sampai sini sahaja cinta saya untuk awak. Selamat tinggal abiy. Sayang doakan abiy bahagia dengan pilihan awak selepas ini. Assalammualaikum. 

Wednesday, 1 April 2020

Realitinyaa 🥀

Bila tengok orang ada anak, kita pun rasa nak ada anak tp pernah terfikir tak betapa besarnya tanggungjawab amanah yg allah s.w.t berikan tu? Aku tak pernah terfikir dikurniakan anak tanpa suami disisi dan menjadi ibu tunggal diusia yg muda macam ni. Tp ini ujian untuk aku supaya aku mampu menjadi sekuat arwah ibu. Habri, maafkan ibu kerana kamu lahir dalam keluarga yg tak sempurna tp ibu janji ibu akan cuba sebaik mungkin untuk habri berjaya dunia akhirat. Sepanjang ibu membesarkan kamu, alhamdulillah kamu anak yg baik cuma jangan buat ibu susah hati dgn kesihatan kamu.  Sihat2 selalu ye. 12 Dec 19,kamu demam panas yg agak tinggi sehingga kemungkinan kamu terkena sawan.  Risau hati ibu. Harini 1 apr 20 kamu kena gatal2 allergic 1 badan.  Ibu risau sayang. Please sihat cepat okayy💕